Sunday, January 16, 2011

~jom2 siapa nak buat maksiat?~

assalamualaikum wbt...
moga kita sentiasa mencari keredhaan Allah pada hari ini dan hari2 yang  berikutnya...
wah cakap pasal maksiat ye??/?teringin x nak buat maksiat?
erm sabar2..boleh2 anda sume boleh buat maksiat semua orang pun boleh.. tapi kena fulfil dulu syarat2 ni...

 Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:
01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:
04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:
05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

ikut syarat2 di atas ni then anda dah qualify utk melakukan maksiat.. naudzubillah minta perlindngan dari Allah..boleh ke?...saya give up awal2...sahabat2 semua...kita kan hambanya yang kerdil dan Allah sahaja yang Berkuasa a'la kulli hal...jadilah hamba yang berakhlak mulia...






'tidak ada sesuatu yg lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari qiyamat selain dari AKHLAK yang BAIK'~ HR Abu Dawud & Tirmidzi


"Ya Allah bantulah aku untuk berubah mencari redhamu. tiada yang lebih indah daripada mendapat redhaMU. seindah apa pun kenikmatan dunia jika Engkau tidak meredhainya, tentulah ia hanya sia2. Ya Allah, biarlah seluruh dunia ini membenciku, tetapi Engkau mencintaiku Ya Allah"


hidup yang umpama bunga sakura ini..adalah hidup yang hanya sementara namun tetap indah mekar semekar-mekarnya...waktu yang dihadiahkan Allah pada ketika ini...bukanlah untuk melakukan maksiat padaNya..gunakan waktu yang ada ke arah kebaikan..agar bunga sakura itu tetap mekar semekar-mekarnya hingga di akhirat sana... :)


mengingatkan diriku n diri anda juga...
wallahua'lam


-mawar berduri-

1 comments:

hakim.halim said...

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ]إتق الله حيثما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحُها وخالق الناس بخلق حسن[. (رواه الترمذي) حسن 97

The Messenger of Allah p.b.u.h. said: Fear Allah wherever you might be, follow every evil deed with a good deed which will erase it, and deal with people with good conduct. (Reported by al-Tirmithi)

=)