Anak zaman ini
Solatnya tertinggal di kaca tv
Penyanyi pujaannya setaraf nabi;
Rekod2 nya setaraf kitab suci
Di beli bangga di pamer
Itulah 'santapan rohani'
Anak zaman ini
Dipawagam zikirnya mati
Pelakon pujaan bagaikan wali
Filem2 dan fesyen pakaian
Itulah ‘kemajuan’ trend semasa
Anak zaman ini
Doa tak sefasih maki hamun
Kutuk mengutuk di padang bola
Kerana masjid hanya 'hiasan pembangunan'
Alquran tarafnya untuk pertandingan
Agama disijil untuk pekerjaan
Kedai arak dan hamba judi
Halal dan haram perkataan seerti
Kerana falsafah pujangga teori dan formula saintis alam
Riwayat pemimpin barat orientalis zionis dan komunis lebih dihafal dari
Hadith kitab suci atau sejarah para sahabat.
Anak zaman ini
Konon anak ‘tabung uji’
Lahir di zaman sains dan teknologi
Hidup baginya hanya sekali
Ma’siat menjadi urat nadi
Di jajah Yahudi fikiran dan jasmani
Dan dadah makanan asasi
Tak hairanlah ramai penghuni
‘pusat serenti dan rumah sakit jiwa’
renung2 kan jom sama2 berhijrah ke arah kebaikan dan berpesan ke arah kebaikan.."wataa'wanua'lalbirriwattaqwa"
salam maal hijrah wishing all of you a happy memories of the past and a great beginning for the coming of new year of HIJRiyAH!
2 comments:
nice one ! atiqah awak ada fb tak ? :D
:)tq.. erm da x de la yang erm..xpe add ym k tieqa90 nanti kte jumpe tau naik sem nanti (^_^)
Post a Comment