Tuesday, March 15, 2011

::MARI BEDAH BUKU::

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...


BOOK: 7 FORMULA INDIVIDU CEMERLANG
AUTHOR: DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN

assalamualaikum..for this time entry just nak share pasal satu buku yang baru je saya baca baru2 ni...for sure ramai yang da baca sebab da lama dah published n da lama pun kat pasaran...(saya yg ketinggalan hee)

apa yang saya dapat dari buku ni:

-7 rahsia individu cemerlang:
  • kenali kehebatan n potensi diri
  • meledakkan takwa
  • melonjakkan ilmu
  • hidup msti ada matlamat n wawasan
  • think positive
  • buat baik kat semua orang

menurut buku ni bila mana kite membuat sesuatu dosa...jgn sesekali kte berputus asa dngan Allah...even sebesar mana pun dosa kita...

hadis qudsi:
"wahai anak Adam..jika dosa-dosamu mencecah awan di langit kemudian kamu meminta ampun kepadaku, akan Aku ampunkan dosa-dosamu..."

inshaALLAH BY MERCY OF ALLAH...HE WILL ACCEPT OUR REPENTANCE...

erm lagi menurut buku ni ada mengatakan jgn seskali kite cakap  'saya memang dilahirkan sebagai insan gagal'.....sebab kite manusia ni semua orang ada potensi untuk berjaya...

one thing yang kite kene ingat bile kite hadapi kegagalan dalam ape jua hal..ingat ayat ni ea
"semasa dilahirkan, saudara perlu menangis utk hidup. jika saudara tidak menangis, otak saudara menjadi terencat, paru-paru tidak mengembang malah nyawa boleh melayang. Makanya same goes la dengan kehidupan kita ni..Ujian n kesusahan perlu kerana ia adalah jambatan ke arah kejayaan n kecemerlangan. dan tangisan sering menjadi penawar yg bisa menyembuhkan manusia"

ok jom ramai2 jadi cemerlang!!

source: 7 formula individu cemerlang,dr danial zainal abidin

p/s: hopefully after this, anda semua boleh la ye beli buku ni...kepada kwn2 terdekat kalau nk pinjam boleh pinjam dari saya je :)

 next time bedah buku lain pula...
ok sampai sini dulu..
wassalam...

::mawar berduri::
::every trials from Allah are like love letters from HIM::

Saturday, March 5, 2011

..::jauhkan RINDU::..


Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.
-article: iluvislam.com
min qalbi:
ya ALLAH..aku mengharapkan cinta yang manis itu hanya untukMU..
diri yang lemah ini..pasti ade sahaja khilafnya..
kekhilafan yang mengajar diriku..
every trials from Allah are like love letters from HIM, ALLAH SWT..
oh ALLAH THANK YOU FOR THE 'love letterS'..
moge diri ini berubah menjadi insan yang lebih baik..
"YA Allah manisnya HIDAYAH-MU"
P/S: 'BILA KITE BERUBAH MENJADI BAIK, CINTA YANG BAIK ITU AKAN HADIR'~credit to my sister :)