Saturday, May 29, 2010

::nukilan dari Hati::

BELAJAR DARI MEREKA
Tatkala aku berjalan di bumi Tuhan ini..
aku asyik memerhati
gelagat insan2 di sekeliling aku
si tua,si muda,si ibu,si dara,si anak...
aku ingin mencari diri aku
aku ingin mencari identitiku
aku ingin jadi insan bersifat HASANAH!
tatkala itu aku lihat si ibu
mengucup pipi anak kecilnya
owh, si ibu itu sedang mengajar aku
"wahai diri jadilah insan penyayang..
bila kau bergelar Ummi satu hari nanti
limpahilah anakmu dengan kasih naluri keibuanmu.."
pabila aku terpandang seorang anak kecil
memberi makan pada si kucing
ya..aku belajar lagi hari ini
"wahai hati pupuklah sayangmu,
sayang yang bukan pada manusia sahaja,
bahkan simpati pada haiwan yang juga makhluk ciptaan Tuhan.."
ah..aku ingin mencari lagi identiti diri ini....
tatkala aku berjalan lagi
seorang gadis bertudung litup
manisnya dia..
tambah manis bila dia tersenyum dari jauh
mungkinkah aku mengenali gadis muda ini/?/
kerna senyumnya x lekang dari bibir..
owh dia bukan sesiapa bagiku...
"wahai bibir..senyum dan senyumlah...
senyuman yang ikhlas dari hati..
buat pemanis diri
bahkan pahala bakal aku dapati..."
pencarian identiti yang x mungkin berakhir..
esok akan aku cari lagi..
aku ingin belajar dari mereka...
mereka yang x pernah aku kenali...

*mawar berduri*

TO BE CONTINUED....

0 comments: